Saturday, November 29, 2008

"Concept of Equation" (Part 2)

Bertemu lagi kita. Pertama sekali saya ingin meminta ribuan keampunan jika blog ini membuat kalian menunggu lama untuk di'update'kan. Semuanya berlaku kerana perkara2 yg tidak dapat dielakkan dan yang dapat dielakkan tetapi sengaja tidak mahu dielakkan. :)

Apa2 pun, saya mengucapkan terima kasih kepada yang setia menunggu 'post' yang ini. Dan tidak lupa juga kepada yang cuba untuk merungkai persoalan yang telah ditimbulkan dalam 'Part 1'. Walaupun begitu, ada segelintir mereka yg menganggap soalan ini AMAT mudah dan tidak perlu diambil endah. Jadi saya jawab :"YA!". Ini memang mudah. Sebab itulah saya cakap ianya adalah CONTOH. Ini untuk memahamkan pembaca dan memantapkan kefahaman kalian. Kalau diberi soalan yang susah, pembaca akan mengambil masa dan sukar untuk memahami. Contohnya:

Bagaimana nak jelaskan pergerakan ini secara detail dan agar mudah difahami oleh pelajar2.

Kembali kepada kepada topik asal. Sekarang kita akan melihat jawapan kepada permasalah yang lalu untuk penjelasan :
Sign(Tanda) positif (+) dan negatif (-) diubah sebenarnya disebabkan berlakunya "Konsep Persamaan"(Concept of Equation). Apa itu "Konsep Persamaan"? Konsep ini berlaku dimana kedua-dua Expression(yakni Right Hand Side dan Left Hand Side) melakukan proses yang sama. Apabila di tangan kanan melakukan operasi campur (+), secara AUTOMATIK tangan sebelah kiri akan melakukan perkara yang sama, yakni operasi campur (+). Dan begitulah sebaliknya. Cuba perhatikan ini,

(Sila tekan gambar untuk pembesaran)

Jadi jelaslah bahawa sebenarnya (+1) itu bukannya dipindah dari Tangan Kiri ke Tangan Kanan dan diubah tanda positif ke negatif. Tetapi, ia merupakan satu pemansuhan/penghapusan nombor (yakni +1) untuk mencari nilai x (the unknown).

Begitulah juga keadaannya dengan operasi darab dan bahagi. Ia bukannya dipindahkan, tetapi telah berlaku proses 'Konsep Persamaan' dimana Tangan Kanan akan mengikut operasi darab atau bahagi yang dilakukan oleh Tangan Kiri. Begitulah juga sebaliknya. Lihat ini,

(Sila tekan gambar untuk pembesaran)

Daripada contoh ini, dapatlah kita ketahui bahawa sebenarnya 'perpindahan' yang dilakukan selama ini sebenarnya adalah satu operasi yang dilakukan serentak oleh kedua-dua expressions.

Mari kita cuba menjawab contoh di atas :

Jelas? Daripada pengiraan di atas, kita dapat melihat bahawa pengiraan di Tangan Kiri dan Kanan adalah sama. Yakni (- 10), (darab 2) dan (bahagi 5). Daripada ketiga-tiga operasi tersebut, akan tertinggal 'x' di sebelah Tangan Kiri. Oleh itu, dapatlah kita mencari nilai x (the unknown).

Harap kalian yang membacanya dapat memerhati dan memahami gerak kerja "Konsep Persamaan" ini dengan baik dan jelas. Moga2 apa yang dijelaskan dan diterangkan dapat difahami oleh pembaca sekalian.
( Kepada pembaca yang mempunyai soalan yang ini ditanya, bolehlah menanya di komen. Semoga kalian enjoy membaca blog ini)

Pada post yang akan datang, InsyaAllah saya akan bincangkan tentang bab 1 Tingkatan 4 Matapelajaran AddMath. Tajuk Function.

Sekian.

Explainer,
Math Thinker.