Saturday, December 6, 2008

FUNCTIONS (Chapter 1,Form4) - Part 1

Bertemu kembali dalam blog "Math Thinker".
Sekarang saya akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu tentang tajuk yang telah dinyatakan. Mungkin ia ada sedikit persamaan dengan buku rujukan yang kalian gunakan. Kerana saya menjadikan buku rujukan sebagai panduan untuk saya blogging. Harap-harap kalian dapat memanfaatkan sepenuhnya blog ini!

Bahagian-bahagian (subtopik) yg perlu diambil perhatian dalam tajuk ini:-
1. Relations (Asas utama bab 'function', memahirkan diri dalam subtopik ini adalah digalakkan. Walaupun jarang ditanya dalam peperiksaan. Biasanya memberi markah maksima 3 dalam peperiksaan SPM sebenar. Ataupun langsung tidak keluar. Tapi mengetahui asas adalah AMAT berguna pada masa akan datang)
2. Functions (Juga adalah asas yang penting. Meninggalkan subtopik ini adalah satu kesalahan yang amat besar. Pelajarilah ia perlahan-lahan, sehingga kamu betul2 mahir dan pakar dalam ini. Membuat banyak latihan dalam subtopik ini AMAT penting dan berguna untuk menolong kamu dalam subtopik yang seterusnya. MESTI mahir!)
3. Composite Functions (Gabungan antara 2 'function'. Jika kamu masih belum mahir subtopik yang kedua, mungkin kamu akan bermasalah disini dan seterusnya. Jika mahir di subtopik 2, kamu akan merasakan subtopik ini AMATlah mudah.InsyaALLAH)
4. Inverse Functions (Menyongsangkan 'function' yg diberi. Kemahiran untuk meng'inverse'kan ada pelbagai kaedah. Akan dibincangkan kemudian.)


Kita mulakan subtopik yang pertama...

RELATIONS (Hubungan)

[A] - Representing a relation (Persembahan Hubungan) :-

'Relations' boleh dipersembahan dalam 3 cara, yaitu:


Dalam keadaan biasa, kita selalunya akan guna 'arrow diagram' untuk mempersembahkan 'relation' yang akan kita lakukan. Adapun yang 2 lagi itu, kita jarang dapati. Tetapi tidak harus ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, dalam SPM, soalan boleh menanya untuk menukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain dan juga menentukan jenis persembahan yang ditunjukkan. Ia biasanya keluar dalam kertas 1. markah maksimum adalah 2 bagi soalan jenis ini. Tapi, ia JARANG keluar dalam SPM.

[B] - Important Terms in this Subtopic (Istilah2 Penting dalm Subtopik ini) :-

Domain = The first set (A).
[Set pertama (A)]
Codomain = The second set (B).
[Set kedua (B)]
Object(s) = The each element of the domain.
[Setiap elemen dalam domain]

Image(s) = The element in the codomain that has been mapped.
[Elemen dalam Kodomain yang telah dipetakan]
Range = The subset of the codomain that contains all the images that have been mapped.
[Subset milik Kodomain yg mengandungi semua imej yg telah dipetakan]

Mengenal dan mengetahui istilah2 ini adalah AMAT penting. Kerana ia akan membantu pelajar untuk memahami kehendak soalan. (Soalan contoh sila lihat pada akhir 'post' ini.)

Walaupun begitu, soalan jenis ini juga kurang ditanya. Pernah ditanya dalam SPM 03[2markah] dan SPM 04[1markah]. (maaf, kerana saya tiada rujukan SPM 07 dan SPM 08, insyaALLAH saya akan 'update'kan soalan yg brkaitan jika wujud dalam SPM 2 tahun ini.)

[C] - Types of Relations (Jenis-jenis Hubungan) :-

Ada 4 semuanya jenis hubungan :


Walaubagaimana pun, mengikut pemerhatian saya, penumpuan hendaklah lebih kepada 'one-to-one relation' dan 'many-to-one relation'. Tapi yg dua lagi tidak harus ditinggalkan.

Biasanya, soalan mengenai ini akan keluar dalam kertas 1 sahaja. Markah maksimum yg boleh diberikan juga adalah 2 markah. Pernah keluar dalam SPM 04 kertas 1[1 markah].

Sekarang adalah contoh2 soalan yang berkaitan dgn subtopik ini :

(SPM 03)
(SPM 06)(Contoh2 lain)


(Klik pada gambar untuk pembesaran)

Jawapan kepada soalan2 berikut insyaALLAH akan disiarkan pada 'post' akan datang. Sila jawab untuk mengetahui samada pembaca sudah pun dapat memahaminya secara jelas atau sekadar mengangguk sahaja. Segala masalah dan persoalan yang ingin ditanya bolehlah ditanya dalam komen.

Jika tiada kesulitan, 'post' yg seterusnya akan dimuatkan pada Ahad minggu depan. InsyaALLAH.

Semua yg dipersembahkan adalah ilham yg diberikan oleh ALLAH. Semoga usaha ini diberkati.
Akhir kata, "SALAM EIDUL ADHA"

Teacher,
Math Thinker.

2 comments:

user said...

hah!!
pehe doh..
soo..ksimpulannya??

Math Thinker said...

kesimpulannya...bagus...
dan bersyukurlah pada ALLAH...

Alhamdulillah...

please vote for this blog...
and register as 'Loyal Reader' if you're pretending to use this blog...

Terima kasih kepada semua.