Saturday, January 3, 2009

Functions (Chapter 1, Form 4) - Part 3

Dalam 'Part 2', kita telah mempelajari cara mengenal dan MENCARI samada 'object ataupun image. Dalam part ini pula, pelajar akan ditunjukkan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan object dan image berserta penjelasan. Antaranya ialah :

(a) Soalan yang diberi dua atau lebih function yang sama, tetapi berbeza object dan image antara function2 itu. Contohnya :

( Klik pada gambar untuk pembesaran )



(b) Soalan dimana object dipetakan keatas dirinya sendiri oleh function.

- Pemetaan (Mapping) dalam additional mathematics bermaksud memetakan object keatas image. Contohnya :

f (x) = 2x + 5
Cara bacaan :
function f maps x to '2x + 5'.
[ fungsi f memetakan x keatas '2x + 5'. ]

Jadi, apabila disebut pemetaan ke atas diri sendiri, bermaksud object = image. Iaitu :

Contoh soalan :
( Klik pada gambar untuk pembesaran )

***Kita boleh memastikan bilangan jawapan akhir melalui soalan. Di sini, soalan meminta pelajar mencari
objects. Apabila object ini di'plural'kan dengan 's', maksudnya, jawapan akhir mesti lebih dari satu. Begitulah sebaliknya.



(c) Soalan yang meminta untuk mencari nilai 'x' atau 'unknown' yang lain jika function itu 'undefined'.

Apa itu undefined ?
- Undefined @ dalam bahasa melayu ialah tidak tertakrif bermaksud sesuatu pengiraan yang tidak boleh diselesaikan sama ada dengan pengiraan manual ataupun menggunakan kalkulator.

Apabila soalan jenis ini ditanya, pelajar bolehah menggunakan formula :
DENOMINATOR = 0

Apa itu denominator ?
- Denominator dalam bahasa melayu ialah 'penyebut' @ 'angka pembawah pecahan'.
- Lawannya ialah 'Numerator'.


Contoh soalan :
( Klik pada gambar untuk pembesaran )

Persoalannya, kenapa denominator harus sama dengan 'kosong'? Apa sebabnya? Persoalan ini insyaALLAH akan dijawab kemudian hari. Harap bersabar.




(d) Soalan yang disertakan gambarajah sebagai panduan dan meminta pelajar untuk mencari nilai 'unknown'.

( Klik pada gambar untuk pembesaran )

Daripada soalan jenis (d) ini, pelbagai soalan anak pula yang boleh disoal. (sila rujuk kepada soalan latihan dibawah). Soalan ini telah ditanya dalam SPM 2006.

Jadi berwaspadalah dan mahirkanlah diri pelajar dengan contoh-contoh soalan seumpama ini. Kerana soalan berangkai memerlukan keprihatinan dan ketelitian yang lebih kuat.

Sekarang saya akan sertakan soalan latihan bagi subtopik 2, function ini.
"Untuk latihan, sila klik di sini"

Kita akan menyambung perbincangan yang seterusnya, Composite Function pada post yang akan datang. InsyaALLAH. Segala kelewatan harap dimaaf. Moga2 usaha ini diberkati oleh ALLAH s.w.t.

From,
Math Thinker.

4 comments:

kalepensel^^ said...

Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, saya dapat paham dengan jelas

Anonymous said...

Pening ahh

Unknown said...

tq sir
your note make me easily to understand

Anonymous said...

alhamdulillah. terima kasih kerana berkongsi!!!